Friday, October 9, 2009

Awie - WANTED - Disyaki terlibat dalam kes Gaduh


" Saya sudah dituduh macam-macam sehingga dikatakan terlibat dalam kes bunuh, kali ni saya sendiri tak tahu kes mana pulak yang dituduh terlibat". Awie dalam kenyataanya yang kesal sering disalah anggap dan di tuduh terlibat dalam pelbagai kes jenayah. Beliau di cari oleh Polis Pulau Pinang setelah dipercayai terlibat dalam kes memukul seorang lelaki Julai tahun lepas. Kertas Siasatan teleh dibuka apabila seorang lelaki berusia 30 an membuat laporan polis beliau dipukul sekumpulan lelaki yang juga turut disertai oleh Awie.

Awie pula tidak mampunyai masalah untuk memberikan kerjasama kepada polis sekiranya dipanggil untuk memberikan keterangan walaupun beliau sebenarnya tidak mengingati kejadian tersebut pernah berlaku.

Siri 3 : Fasha Vs Qabil : Keluarga Tak Campur


"Qabil pernah bagitau kat kami dia ngan fasha sandha hanya kawan, qabil lansung tak pernah memberitahu kami dia menrancang nak berkahwin dengan fasha" jelas adik bongsu Qabil Quzandria Nur, Jadi kontroversi yang mengatakan ada campur tangan dari keluarga nabil sehingga keputusan membatalkan hasrat Qabil untuk berkahwin dengan fasha berlaku adalah tidak benar sama sekali. Beliau juga memohon agar masalah berkaitan kontroversi tersebut tidak lagi dibangkitkan oleh sesiapa.

Mengikut perancangan qabil sepatutnya memberi keputusan selewat-lewatnya bulan ini dan perkahwinan dijadual akan berlangsung awal januari selepas mengakui menjalin hubungan dengan fasha sejak tahun lepas. Namun segala-galanya tidak kesampaian selapas Qabil membuat pengakuan untuk tidak memilih pelakon itu sebagai calon isteri.

Siri 2 : Fasha Vs Qabil :..Fasha mengaku tak malu…..


Fasha menyifatkan semuanya sebagai takdir apabila berita Qabil membatalkan hasrat menyunting beliau..sebagai suri hidup nya. “Memang apa yg di dedahkan Qabil adalah benar. Kami ada merancang untuk berkahwin, tapi kami tidak mampu melawan takdir. Walaupun tiada jodoh, kami tetap berkawan seperti biasa”..jelas fasha…, Pembatalan hasrat oleh Qabil dipercayai disebabkan oleh penyebaran di internet gambar Fasha ditrek litar lumba kereta yang juga dikaitkan dengan Rizal namun krisis dan kontroversi itu dinafikan oleh Fasha.

Siri 1 : fasha Vs qabil : tak jadi nikah sebab tak jadi pinang


Laporan akhbar harian banyak memperkatakan berkenaan pengakuan atlet ekuin kebangsaan, Qabil Ambak Mahamad Fathil yang dengan jelas menyatakan telah memutuskan hubungan dengan pelakon Fasha Sandha, beliau yang sebelum ini beria-ia memberitahu akan membuat pengumumam mengenai pertunangan dan pernikahannya dengan pelakon dan model iklan itu selewat-lewatnya bulan ini. “Memang saya akan menamatkan zaman bujang, tapi yang pasti, bukan dengan dia (Fasha Sandha)” nabil berkata.
Related Posts with Thumbnails

Followers