Monday, October 12, 2009

Rebecca Nur Al-Islam - dah tak mahu seksi nak cantik je.....


"Saya tahu ramai yang kurang senang dengan penampilan saya. Papa pun ada menegur, jangan terlalu seksi. Jujurnya saya tak rasa saya seksi, tapi rasa cantik" ulas pemilik nama Rebecca Nur Al-Islam. Beliau turut mengatakan tak mahu kelihatan plastik dan hanya berpakaian bagi menyenangkan hati orang yang melihat baginya yang penting beliau ingin selalu kelihatan cantik dan ingin menggunakan peluang sebaik mungkin untuk berfesyen selagi muda namun tidak menafikan akan berubah suatu hari tapi bukan sekarang malah amat selesa dengan imej yang ditonjolkan sekarang.

Mengakui seorang yang tidak minat belajar tapi meminati semua cabang seni seperti lakonan, nyanyian, tarian dan lukisan. Memulakan karier sebagai pelakon pada tahap umur yang masih muda iaitu 18 tahun dan sejak itu bidang seni mula menjadi tumpuan beliau. Antara drama dan filem yang dibintagi belia ialah Gerak Khas, Sutera Maya, Gadis Kosmo, teater Sirah Junjungan, Legasi 43 karat dan filem Jangan Tegur Lagi (dalam pengambaran).

Bila menjawab kontroversi beliau di taja oleh seseorang kerana kelihatan mewah Rebecca berkata " Tak ada lelaki yang bela atau tawarkan kemewahan pada saya, Saya pun tak rasa mewah. Tapi saya mengaku saya mewah kasih sayang keluaraga. Kemewahan saya adalah keluarga saya"

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Followers